Wednesday, November 25, 2009

TRANSAKSI FOREX

Untuk mendapatkan keuntungan dalam FOREX, trader perlu membuat arahan BUY (New Order) ketika harga pasaran naik. Sebaik sahaja membuat pembelian, trader dikatakan telah "membuka" position (Open Position). Jika harga terus menaik, trader akan mendapat untung. Untuk mendapatkan untung tersebut, trader perlu menamatkan urusniaga dengan menutup position (Close Order). Begitu juga sebaliknya ketika harga pasaran turun, arahan SELL perlu dibuat.

Margin Call adalah jumlah dana minima yang perlu ada dalam trading akaun untuk membolehkan traders mengekalkan open position yang ada atau untuk membuka transaksi yang baru. Margin Call akan berlaku jika dana di dalam akaun forex susut atau kurang. Jika berlaku magin call, kesemua open position akan ditutup secara automatik. Anda disarankan melakukan transaksi dengan bijak dengan mengambil kira volume amount yang sesuai untuk setiap transaksi. Jangan sesekali melakukan transaksi pada volume melebihi 10% daripada jumlah dana di dalam akaun anda.

Transaksi yang bijak serta cara yang berkesan menggandakan modal dengan cepat adalah dengan membuat anggaran bilangan kali percubaan yang sesuai. Bilangan 30 kali percubaan untuk setiap modal/dana dalam akaun adalah yang paling efisien. Daripada bilangan percubaan yang diinginkan, volume untuk setiap transaksi dapat dianggarkan:

Bil. Percubaan = Modal / (volume x (stop loss + spread))

Seperti contoh; Modal 100USD, Trade EUR/USD pada spread 3, Take point pada 30 pips, Stop loss pada 60 pips.
30 = 100 / (V x 63)
3.33 = 63V
V = 0.05

Ingat!! volume yang kecil profit juga kecil. Tetapi transaksi yang bijak akan mengurangkan risiko kerugian yang cepat. Biar untung lambat asal jangan rugi. Fikir meminimakan kerugian terlebih dahulu sebelum berfikir memaksimakan keuntungan!!

No comments:

Post a Comment