Wednesday, November 25, 2009

HARGA PASARAN SEMASA

Pips ialah nilai perpuluhan terkecil di dalam suatu pasang matawang. Sebagai contoh, harga belian bagi pasangan GBP/USD ialah 1.8760. Jika pair ini berubah ke 1.8761, maka perubahannya ialah 0.0001 dan dikatakan sebagai 1 pip. Nilai keuntungan pip bergantung kepada volume transaksi anda. Setiap pip yang diperolehi kali dengan amount transaksi anda untuk mengira jumlah keuntungan.

Standet untuk setiap pasangan matawang dicatatkan dengan dua harga pasaran semasa. Satu ialah harga belian (bid/buy) dan satu harga jualan (offer/sell).
Contoh:- harga pasaran semasa pasangan EUR/USD dicatatkan dengan kadar 1.2810/1.2807, dari pada harga semasa itu, 'rate' dihadapan (1.2810) adalah harga belian (bid). Apabila kita membuat arahan belian (buy @ long) pada masa itu kita akan dapat harga 1.2810. 1.2807 (harga dibelakang) pula ialah harga jualan (offer), harga yang kita akan dapat apabila kita membuat arahan jual (sell @ short).
Perbezaan antara harga jualan (bid) dan belian (offer) ini di panggil 'spreads'. Spread berbeza-beza antara pasangan matawang, dari contoh diatas kita boleh dapatkan 'spreads' utk EUR/USD = 1.2810-1.2807 = 3pips.
Oleh kerana syarikat broker tidak mengenakan cas komisen, spread inilah sebenarnya yang di ambil oleh broker sebagai pendapatan atau revenue bagi syarikat broker itu.

No comments:

Post a Comment