Wednesday, November 25, 2009

KONSEP ASAS FOREX

Berniaga forex adalah seolah-olah anda pergi dimana-mana kaunter tukaran matawang asing. Pada malam hari di Malaysia bersamaan pagi di US, anda menukarkan Ringgit ke Dolar dimana nilai tambatan semasa ialah 1USD bersamaan RM3.70 (Dolar lebih tinggi berbanding Ringgit). Pada masa pagi di US, urusan perdagangan bergerak aktif justeru matawang Dolar meningkat naik maka nilai tambatan Dolar kepada Ringgit menjadi rendah. Matawang yang anda pegang sekarang ialah Dolar. Apabila menjelang pukul 8.00 pagi di Malaysia (bersamaan 8.00 malam di US), urusan perdagangan di Malaysia pula kian aktif dan di US semakin lembab. Justeru nilai tambatan semasa Dolar ke ringgit akan meningkat misalnya 1USD bersamaan RM3.80 (Ringgit lebih tinggi berbanding Dolar). Beginilah konsep asas bagaimana turun atau naik sesuatu pasang matawang. Tetapi cara urusniaga di pasaran FOREX sangat berbeza dengan di kaunter tukaran matawang. Ini kerana,
(i.) Di pasaran FOREX anda boleh menjual sesuatu yang belum anda miliki.
- Umpama pinjam dahulu. Contohnya anda meminjam emas dari kedai emas yang pada masa itu harga emas RM10 segram contohnya. Tetapi anda diam-diam telah menjualnya kepada kawan dengan harga RM10 juga. Tetapi keesokannya harga emas tersebut jatuh dari RM10 ke RM5. Jadi esok anda katakan kepada tokey emas tu emas tu telah hilang dan secara langsung anda dikehendaki membayar harga emas pada masa itu iaitu RM5 segram. Secara diam-diam anda telah mengaut keuntungan RM5 kerana anda menjual pada masa yang tepat. Itu hanyalah contoh sahaja. Tetapi di FOREX ianyalah dibolehkan.
(ii.) Urusniaga dihujung jari hanya melalui sambungan internet. Transaksi boleh dibuat bila-bila masa 5 hari seminggu 24 jam sehari.
Terlalu banyak perbezaan yang boleh diceritakan. Dua ciri berbeza di atas suda memadai untuk menjelaskan bahawa FOREX merupakan medium sumber pendapatan yang terpantas.

No comments:

Post a Comment