Melakukan kerja waktu pejabat, shift, ataupun overtime sangat meletihkan. Kerja adalah sesuatu yang mulia dimana kita melakukan sesuatu pekerjaan untuk mendapatkan sumber pendapatan yang halal. Namun ianya masih tidak mencukupi kerana jika dibandingkan pendapatan kita dengan keperluan atau impian kita. Pendapatan ibarat kura-kura sedangkan impian kita adalah seperti arnab. Impian lebih tinggi dan lebih ke depan daripada kemampuan kita. Jadi mengapa tidak kita melaburkan sedikit pendapatan kita untuk memulakan perniagaan FOREX. FOREX juga adalah sesuatu perniagaan yang HALAL seperti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Mufti Perak. Bermula untuk sekadar mencuba dan apabila suda mahir boleh juga menumpuhkan perhatian sepenuhnya dalam perniagaan FOREX. Sehingga kini telah ramai yang berhenti dari kerja tetap kerana menumpuhkan untuk FOREX sepenuhnya. Dan di kalangan yang bergelar jutawan adalah mereka yang tidak bekerja tetap, hanyalah seorang trader. Tetapi suda pastilah mereka telah betul-betul mahir. Jika anda juga mahu jadi seperti mereka, pastikan anda juga telah betul-betul mahir. Apa yang penting dalam FOREX ialah kesabaran, sikap yang positif dan pengawalan emosi yang matang. Saya bukanlah jutawan, apa yang saya sampaikan hanyalah sekadar ingin berkongsi peluang yang benar-benar terbukti yang telah saya lihat dengan mata saya sendiri, iaitu lubuk atau sumber kekayaan yang paling tercepat di dunia. Nasihat saya, apabila telah berjaya dan bergelar jutawan pada suatu masa nanti, rajin-rajinlah bersedekah. Gunakan hasil kekayaan pada jalan yang betul. Sebaiknya kekayaan adalah aset untuk kita mendekatkan di dengan tuhan kerana tiada lagi yang perlu kita kejar atau fikirkan. Sesungguhnya Allah sangat menuntut hambaNya berusaha untuk mendapatkan kesenangan kerana:
i.) menjauhkan kita dari sifat meminta-meminta.
ii.) menjauhkan dari melakukan pekerjaan haram sebagai jalan singkat untuk mendapat kesenangan seperti merompak dan mencuri.
iii.)kemiskinan membawa kepada kekufuran.
iV.)supaya kita dapat membantu insan lain yang berada dalam kesusahan.
Wassalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment