Friday, November 27, 2009

MY FREE SIGNAL DISEMBER 2009

Signal yang saya berikan adalah transaksi yang saya buat pada akaun sebenar. Anda boleh mengikut signal saya tetapi risiko anda tanggung sendiri. Saya menyarankan agar volume setiap trade sesuai dengan perkiraan bilangan percubaan anda.

Bil. Percubaan = Modal / (volume x (stop loss + spread))

Contoh perkiraan bilangan percubaan untuk 30kali;
Modal/dana dalam akaun 100USD,
Trade EUR/USD pada spread 3,
Take point pada 30 pips,
Stop loss pada 60 pips.
30 = 100 / (V x 63)

3.33 = 63V
V = 0.05

***PERHATIAN!!!***
Signal trade saya hanya boleh didapati di facebook. Add saya dengan nama "trader melayu". Signal saya boleh diikuti tetapi risiko akan rugi tetap ada. Apa yang penting trade dengan tenang dan sentiasa bersama signal saya kerana tiada masa fix untuk stop time, stop loss limit & take profit limit kerana saya akan menganalisis pasaran 2 jam sekali setiap hari trade. Jika saya sibuk melakukan sesuatu barulah saya modify trade untuk memasang stop loss dan take profit. Semua ini akan diinformkan di facebook.

Berikut adalah strategi saya dalam melakukan trade:
" Saya percaya semua pasangan matawang adalah stabil, setiap penurunan akan ada kenaikan semula pada suatu masa dan be
gitu juga sebaliknya. Apa yang perlu ialah menganalisa bila masa untuk tiap-tiap perubahan itu berlaku. Sistem saya menganalisa gabungan-gabungan faktor (MACD, RSI, Stolcastics, dan ACD). Saya juga mengikut arah pasaran semasa dan melihat pengeluaran kewangan pada masa hadapan yang akan memenuhi kehendak pasaran. Transaksi yang saya lakukan tidak mempuyai masa tetap untuk berhenti samada stop loss atau take profit, Apa yang saya lakukan ialah menganalisa pasaran tiap-tiap 2 jam sehari. Sekiranya keyakinan untuk meneruskan trade masih tinggi, trade akan diteruskan untuk memaksimakan keuntungan. Trade saya ialah secara jujur, saya akan menghentikan trade walaupun pada masa sedang mengalami kerugian tanpa berharap ia akan kembali semula ke paras normal. Ianya untuk memastikan walaupun akan ada kerugian, namun ia dapat diminimakan.

Berikut ialah pips keuntungan yang dapat dicapai pada minggu pertama Disember di account history:















Sekiranya anda bermula dengan:
i. Akaun standard (modal USD1000 = RM3700), setiap transaksi sizenya adalah USD50 (1 lot), sekiranya anda mengikuti signal saya, dalam seminggu ini saja anda boleh mendapat keuntungan sebanyak
USD50 x 706pips = USD35,300 = RM 123,550.
ii. Akaun mini (modal USD300 = RM1110), 1 lot = USD10, dalam seminggu ini saja anda boleh mendapat,
USD10 x 706pips = USD7,060 = RM24,710
iii. Akaun mikro di insta forex dimana tiada nilai tertentu bahkan boleh memulakan trade dari USD0.01 sehingga berapa-berapa yang anda suka sesuai dengan jumlah dalam akaun anda.

Ingat!! kejayaan bukan dicapai pada seberapa banyak RM yang anda perolehi, tetapi berdasarkan jumlah pips yang anda dapat perolehi. Pegang perinsip ini supaya anda tidak menjadi seseorang yang tergesa-tergesa untuk menjadi kaya sehingga mampu mengabaikan pengurusan kewangan yang baik. Trade dengan sederhana dimana anda tidak mempertaruhkan kesemua wang yang anda ada bila melakukan suatu trade. Ini kerana jika sekiranya kita berdepan dengan rugi yang tidak dijangka, dana dalam akaun masih ada supaya kita dapat melakukan trade yang lain dan insya Allah dapat menebus semula kerugiaan yang sebelumnya.

Selamat berforex bersama saya :)


SET UP INDICATOR & MEMULAKAN TRADE

1. Set indicator seperti dalam gambar.
















2. Mulakan trade anda. Setkan volume, stop loss dan take profit. Kemudian klik pada transaksi anda samada BUY atau SELL.
















3. Anda juga boleh untuk memodify stop loss, take profit, mensetkan trailing stop atau menutup position anda dengan klik right pada transaksi yang anda ingin ubah di bahagian 'terminal' bahagian paling bawah.
Saya tidak menitikberatkan trailing stop dalam informasi FOREX yang saya berikan kerana ianya boleh menghadkan keuntungan anda kerana telah menjadi lumrah pasaran forex akan ada turun naik. Trailing stop boleh menghentikan transaksi pada masa take point belum dicapai. Target setiap trade yang akan dibuat telah melalui analisis teknikal serta fundamental mengikut harga pasaran semasa. Biarkan sahaja transaksi anda belayar dengan dikawal oleh stop loss.

Wednesday, November 25, 2009

CARA MEMBUKA AKAUN DEMO

1. Download instaforex trading terminal di http://instaforex.com/open_demo_account.php dan install.

2. Open kemudian klik fail dan klik open an account.
















3. Isikan dengan lengkap seperti dalam gambar di bawah. Modal $100 paling ideal seolah-olah begitulah juga jumlah modal apabila anda memulakan akaun forex sebenar. Leverage tetapkan pada 1:200. Klik next.
















3. Klik next. Selesai.



CARA MEMBUKA AKAUN FOREX SEBENAR

Saya menyarankan agar anda membuka akaun di broker Instaforex kerana ia adalah broker terbaik di Asia. Kelebihan Instaforex:
i.) Modal permulaan serendah 1USD (RM 3.70)
ii.) Bonus 30% untuk 100USD dan ke atas.
iii.) Tiada volume transaksi specific seperti broker lain yang hanya ada standard lot (1 lot = 50USD) dan mini lot (1 lot = 10USD). Jadi pengurusan kewangan setiap transaksi dapat dilakukan dengan baik di Instaforex.
Cara membuka akaun adalah seperti berikut:
(i. ) Daftar akaun Instaforex. Ikuti link http://instaforex.com/open_live_account.php dan isikan maklumat yang diminta. Setelah selesai anda akan mempunyai akaun FOREX sebenar.
(ii.) Deposit Instaforex. Ikuti link http://www.e-ringgit.com/index.php?option=com_jforms&view=form&id=1&Itemid=2 untuk mendapatkan maklumat Introducing Broker, Bank in ke akaun Introducing Broker yang tertera. Scan transaksi bank in atau ambil screenshot sekiranya deposit melalui internet banking dan isikan borang deposit dengan maklumat yang diminta http://www.e-ringgit.com/index.php?option=com_jforms&view=form&id=1&Itemid=2.
(iii.) Pengeluaran keuntungan juga boleh dilakukan melalui www.e-ringgit.com. http://www.e-ringgit.com/index.php?option=com_jforms&view=form&id=2&Itemid=3

TRANSAKSI FOREX

Untuk mendapatkan keuntungan dalam FOREX, trader perlu membuat arahan BUY (New Order) ketika harga pasaran naik. Sebaik sahaja membuat pembelian, trader dikatakan telah "membuka" position (Open Position). Jika harga terus menaik, trader akan mendapat untung. Untuk mendapatkan untung tersebut, trader perlu menamatkan urusniaga dengan menutup position (Close Order). Begitu juga sebaliknya ketika harga pasaran turun, arahan SELL perlu dibuat.

Margin Call adalah jumlah dana minima yang perlu ada dalam trading akaun untuk membolehkan traders mengekalkan open position yang ada atau untuk membuka transaksi yang baru. Margin Call akan berlaku jika dana di dalam akaun forex susut atau kurang. Jika berlaku magin call, kesemua open position akan ditutup secara automatik. Anda disarankan melakukan transaksi dengan bijak dengan mengambil kira volume amount yang sesuai untuk setiap transaksi. Jangan sesekali melakukan transaksi pada volume melebihi 10% daripada jumlah dana di dalam akaun anda.

Transaksi yang bijak serta cara yang berkesan menggandakan modal dengan cepat adalah dengan membuat anggaran bilangan kali percubaan yang sesuai. Bilangan 30 kali percubaan untuk setiap modal/dana dalam akaun adalah yang paling efisien. Daripada bilangan percubaan yang diinginkan, volume untuk setiap transaksi dapat dianggarkan:

Bil. Percubaan = Modal / (volume x (stop loss + spread))

Seperti contoh; Modal 100USD, Trade EUR/USD pada spread 3, Take point pada 30 pips, Stop loss pada 60 pips.
30 = 100 / (V x 63)
3.33 = 63V
V = 0.05

Ingat!! volume yang kecil profit juga kecil. Tetapi transaksi yang bijak akan mengurangkan risiko kerugian yang cepat. Biar untung lambat asal jangan rugi. Fikir meminimakan kerugian terlebih dahulu sebelum berfikir memaksimakan keuntungan!!

HARGA PASARAN SEMASA

Pips ialah nilai perpuluhan terkecil di dalam suatu pasang matawang. Sebagai contoh, harga belian bagi pasangan GBP/USD ialah 1.8760. Jika pair ini berubah ke 1.8761, maka perubahannya ialah 0.0001 dan dikatakan sebagai 1 pip. Nilai keuntungan pip bergantung kepada volume transaksi anda. Setiap pip yang diperolehi kali dengan amount transaksi anda untuk mengira jumlah keuntungan.

Standet untuk setiap pasangan matawang dicatatkan dengan dua harga pasaran semasa. Satu ialah harga belian (bid/buy) dan satu harga jualan (offer/sell).
Contoh:- harga pasaran semasa pasangan EUR/USD dicatatkan dengan kadar 1.2810/1.2807, dari pada harga semasa itu, 'rate' dihadapan (1.2810) adalah harga belian (bid). Apabila kita membuat arahan belian (buy @ long) pada masa itu kita akan dapat harga 1.2810. 1.2807 (harga dibelakang) pula ialah harga jualan (offer), harga yang kita akan dapat apabila kita membuat arahan jual (sell @ short).
Perbezaan antara harga jualan (bid) dan belian (offer) ini di panggil 'spreads'. Spread berbeza-beza antara pasangan matawang, dari contoh diatas kita boleh dapatkan 'spreads' utk EUR/USD = 1.2810-1.2807 = 3pips.
Oleh kerana syarikat broker tidak mengenakan cas komisen, spread inilah sebenarnya yang di ambil oleh broker sebagai pendapatan atau revenue bagi syarikat broker itu.

MATAWANG FOREX (CURRENCY)

Matawang forex diwakili oleh simbol (singkatan) yang telah ditetapkan.

Contoh :- US Dollar=USD, Jepun Yen=JPY, German Pound
Sterling=GBP, EURO=EUR dan Swiss France=CHF.

Matawang Forex didagangkan berpasangan dan unit yang mewakili pasangan
ini adalah kadar harga (rate) bagi kedua-dua matawang tersebut.

Contoh pasangan :- EUR/USD, GBP/USD, USD,JPY, GBP/JPY, USD/CHF dan lain-lain.

1)Direct currency merangkumi matawang yang nilainya lebih besar dari US Dollar.
-contoh seperti matawang Euro(EUR), Great Britain Pound(GBP),
Australian Dollar (AUD)

2)Indirect currency pula ialah matawang yang lebih rendah nilainya berbanding US Dollar.
-contoh seperti Japan Yen(JPY), Swiss France(CHF) dan Canadian Dolar(CAD).

Ada juga Trader yang mengkelaskan pasangan matawang kepada Major dan Cross currency.

1)Major disini adalah pasangan matawang utama yang didagangkan bersama Dollar US. Contoh : GBP/USD, EUR/USD, AUD/USD, USD/JPY, USD/CAD & USD/CHF.

2)Cross pula ialah pasangan matawang utama yang tidak didagangkan bersama matawang Dollar US. Contoh :
EUR/GBP, EUR/CHF, EUR/JPY, GBP/JPY, GBP/CHF & AUD/CAD.

PERSEDIAAN SEBELUM MEMASUKI DUNIA FOREX

1.Belajar dan usaha memahami asas forex terlebih dahulu sebelum memulakan forex trading sebenar. Terdapat banyak sumber percuma di internet yang padat dengan pembacaan asas forex.

2.Sebaik-baiknya berlatih forex dengan akaun demo dahulu (guna wang maya). Bermain wang maya dengan jumlah modal seperti yang anda akan gunakan apabila bermain dengan wang sebenar.

3. Belajar mengawal perasaan agar tidak terganggu dengan keuntungan mahupun kerugian dalam Forex. 90 ke 95% pedagang forex yang baru selalunya gagal. Fikir untuk meminimakan kerugian terlebih dahulu kemudian barulah berfikir untuk memaksimakan keuntungan.

4.Berdisiplin dan cuba memahirkan diri dengan satu teknik forex
terlebih dahulu sebelum mencuba dengan teknik yang lain.


5.Target keuntungan berdasarkan kemampuan dan hendaklah realistik.

PENGGERAK PASARAN FOREX

Walaupun tiada siapa yang mempunyai kawalan mutlak keatas pasaran FOREX, namun ada beberapa faktor dan kumpulan besar yang mampu menggerakkan pasaran.


Kumpulan pertama ialah dari Kompeni atau syarikat Koprat/Multinasional, yang mana mereka ini secara kerap berdagang merentas negara.
Kumpulan kedua ialah Broker. Ia bertindak sebagai platform atau perantara diantara individu profesional , broker-broker lain mahupun bank.
Kumpulan ketiga ialah Syarikat Kewangan atau Bank. Terutamanya bank besar seperti Central bank yang mana setiap kali kerajaan atau bank itu mengubah polisi dalaman, seringkali pasaran Forex turut berubah.

KENAPA PERLU FOREX?

Melakukan kerja waktu pejabat, shift, ataupun overtime sangat meletihkan. Kerja adalah sesuatu yang mulia dimana kita melakukan sesuatu pekerjaan untuk mendapatkan sumber pendapatan yang halal. Namun ianya masih tidak mencukupi kerana jika dibandingkan pendapatan kita dengan keperluan atau impian kita. Pendapatan ibarat kura-kura sedangkan impian kita adalah seperti arnab. Impian lebih tinggi dan lebih ke depan daripada kemampuan kita. Jadi mengapa tidak kita melaburkan sedikit pendapatan kita untuk memulakan perniagaan FOREX. FOREX juga adalah sesuatu perniagaan yang HALAL seperti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Mufti Perak. Bermula untuk sekadar mencuba dan apabila suda mahir boleh juga menumpuhkan perhatian sepenuhnya dalam perniagaan FOREX. Sehingga kini telah ramai yang berhenti dari kerja tetap kerana menumpuhkan untuk FOREX sepenuhnya. Dan di kalangan yang bergelar jutawan adalah mereka yang tidak bekerja tetap, hanyalah seorang trader. Tetapi suda pastilah mereka telah betul-betul mahir. Jika anda juga mahu jadi seperti mereka, pastikan anda juga telah betul-betul mahir. Apa yang penting dalam FOREX ialah kesabaran, sikap yang positif dan pengawalan emosi yang matang. Saya bukanlah jutawan, apa yang saya sampaikan hanyalah sekadar ingin berkongsi peluang yang benar-benar terbukti yang telah saya lihat dengan mata saya sendiri, iaitu lubuk atau sumber kekayaan yang paling tercepat di dunia. Nasihat saya, apabila telah berjaya dan bergelar jutawan pada suatu masa nanti, rajin-rajinlah bersedekah. Gunakan hasil kekayaan pada jalan yang betul. Sebaiknya kekayaan adalah aset untuk kita mendekatkan di dengan tuhan kerana tiada lagi yang perlu kita kejar atau fikirkan. Sesungguhnya Allah sangat menuntut hambaNya berusaha untuk mendapatkan kesenangan kerana:
i.) menjauhkan kita dari sifat meminta-meminta.
ii.) menjauhkan dari melakukan pekerjaan haram sebagai jalan singkat untuk mendapat kesenangan seperti merompak dan mencuri.
iii.)kemiskinan membawa kepada kekufuran.
iV.)supaya kita dapat membantu insan lain yang berada dalam kesusahan.
Wassalam..

KELEBIHAN FOREX DAN PERBEZAAN DENGAN SAHAM

1. Tiada komisen.
2. Kos transaksi yang rendah sehingga 0.01 (mikro) nilai suatu pasang matawang.
3. Transaksi jual beli yang sangat pantas.
4. Kecairan yang sangat tinggi. Sangat mudah untuk menunaikan keuntungan yang diperolehi.
5. Tiada insider atau orang dalam dan sindiket penipuan atau berita palsu seperti yang kerap berlaku dalam pasaran saham.
6. Pasaran 24jam sehari.Jadual Forex bermula pada hari Isnin jam 00:00GMT dan tutup lewat hari Jumaat. Sabtu dan Ahad tiada dagangan Forex.
7. Pasaran dua hala.Anda boleh mendapat untung ketika harga pasaran sedang naik mahupun turun.
8. Tidak dikawal oleh mana-mana pihak.

KONSEP ASAS FOREX

Berniaga forex adalah seolah-olah anda pergi dimana-mana kaunter tukaran matawang asing. Pada malam hari di Malaysia bersamaan pagi di US, anda menukarkan Ringgit ke Dolar dimana nilai tambatan semasa ialah 1USD bersamaan RM3.70 (Dolar lebih tinggi berbanding Ringgit). Pada masa pagi di US, urusan perdagangan bergerak aktif justeru matawang Dolar meningkat naik maka nilai tambatan Dolar kepada Ringgit menjadi rendah. Matawang yang anda pegang sekarang ialah Dolar. Apabila menjelang pukul 8.00 pagi di Malaysia (bersamaan 8.00 malam di US), urusan perdagangan di Malaysia pula kian aktif dan di US semakin lembab. Justeru nilai tambatan semasa Dolar ke ringgit akan meningkat misalnya 1USD bersamaan RM3.80 (Ringgit lebih tinggi berbanding Dolar). Beginilah konsep asas bagaimana turun atau naik sesuatu pasang matawang. Tetapi cara urusniaga di pasaran FOREX sangat berbeza dengan di kaunter tukaran matawang. Ini kerana,
(i.) Di pasaran FOREX anda boleh menjual sesuatu yang belum anda miliki.
- Umpama pinjam dahulu. Contohnya anda meminjam emas dari kedai emas yang pada masa itu harga emas RM10 segram contohnya. Tetapi anda diam-diam telah menjualnya kepada kawan dengan harga RM10 juga. Tetapi keesokannya harga emas tersebut jatuh dari RM10 ke RM5. Jadi esok anda katakan kepada tokey emas tu emas tu telah hilang dan secara langsung anda dikehendaki membayar harga emas pada masa itu iaitu RM5 segram. Secara diam-diam anda telah mengaut keuntungan RM5 kerana anda menjual pada masa yang tepat. Itu hanyalah contoh sahaja. Tetapi di FOREX ianyalah dibolehkan.
(ii.) Urusniaga dihujung jari hanya melalui sambungan internet. Transaksi boleh dibuat bila-bila masa 5 hari seminggu 24 jam sehari.
Terlalu banyak perbezaan yang boleh diceritakan. Dua ciri berbeza di atas suda memadai untuk menjelaskan bahawa FOREX merupakan medium sumber pendapatan yang terpantas.

PENGENALAN KEPADA FOREX

FOREX adalah singkatan kepada FOREX EXCHANGE. Dalam Bahasa Malaysia bermaksud pertukaran wang asing. Forex adalah pasaran matawang dunia di mana matawang dijual dan dibeli oleh broker forex dan bank-bank seluruh dunia. Forex merupakan suatu instrument pelaburan dunia yang terbesar dengan jumlah dagangan harian melebihi USD3.0 trillion dan sehingga USD10.0 trillion sehari. Ianya jauh melebihi jumlah dagangan di mana-mana bursa saham seluruh dunia. Oleh itu forex tidak dapat dikawal oleh mana-mana pihak. Forex melibatkan transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang (currency pair) ini ditransaksikan melalui broker dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).